Memilih bantal yang sesuai untuk anda?

by - Monday, January 14, 2019

Ramai yang sangka, setiap orang memperoleh keselesaan dan tidur yang lena daripada pilihan jenis bantal yang sama. Tanggapan ini sama sekali tidak tepat! 

Setiap seorang daripada kita, diciptakan berbeza-beza dengan keperluan yang berbeza-beza. Sama juga dengan kes pemilihan bantal yang sesuai untuk kita. Bantal yang selesa untuk anda, tidak semestinya selesa untuk saya. Jadi, adalah penting untuk anda memilih bantal yang sesuai untuk citarasa dan keperluan anda.

Sesetengah manusia, gemarkan bantal yang tinggi dan keras contohnya daripada isian kekabu. Sesetengah yang  lain pula lebih gemar bantal yang sedikit lembut dan empuk. Ada juga dikalangan pelanggan saya yang gemar bantal yang sangat lembut, hingga terbenam kepala bila tidur. Penting untuk anda try and error mana satu jenis yang terbaik untuk anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

Jadi, tiada istilah bantal jenama X tidak bagus. Atau bantal jenama X tidak selesa. Berkemungkinan, anda telah memilih jenis bantal yang tidak sesuai dengan postur dan keselesaan anda. Sebab itu, penting untuk maklumkan pada penjual jenis tidur anda bagaimana. Supaya para penjual boleh syorkan material dan isian terbaik untuk anda.

Sebab itulah, di Das Abdul Global, ada lebih 8 jenis bantal yang ditawarkan oleh HQ. Semua dengan material dan cara isian yang berbeza (Polyester, Microfibre, Kapok, Memory Foam, Bulu Itik), berat yang berbeza, dan kualiti sarung yang berbeza. Semuanya bertujuan untuk memberikan bantal yang paling selesa untuk setiap pelanggan.

Adakah harga memainkan peranan? Semakin mahal, maksudnya semakin selesa? Jawapannya tidak! Ikut apa yang selesa untuk anda. 


Jom kita tengok, 3 tips pemilihan bantal yang baik:

1. Fikirkan posisi tidur yang biasa anda lakukan.

Posisi tidur yang berbeza memerlukan bantal jenis yang berbeza. Sekiranya anda sering tidur terlentang, bantal yang diperlukan adalah dari jenis yang lebih nipis supaya leher anda tidak terlalu codong ke hadapan. Pilih bentul bantal yang bawahnya sedikit tebal berbading lapisan atas supaya dapat melindungi leher dan seluruh kepala. Bantal jenis memory foam DAG adalah yang terbaik untuk posisi tidur ini.

Posisi tidur mengiring pula perlukan bantal yang lebih tebal dan padat. Antara bantal yang sesuai ialah Bantal Polyhelix DAG, Bantal Cong Codei DAG, dan Bantal Hclassic DAG. Manakala sekiranya anda gemar tidur meniarap, anda perlukan bantal yang lembut, tidak terlalu tebal dan halus. Bantal jenis Microfibre DAG memang terbaik untuk anda.





2. Ketinggian Bantal

Sesuaikan ketinggian bantal dengan badan kita. Ini penting untuk memastikan sokongan yang menyeluruh dapat diberi pada anda. Jangan terlalu tinggi sehingga leher anda tegang, dan jangan pula terlalu rendah hingga anda rasa tidak selesa. 




3. Isian bantal

Isian bantal berbeza mendatangkan mood tidur yang berbeza. Anda perlu cuba pelbagai jenis isian sehingga menemui yang terbaik untuk anda. Material daripada jenis microfibre dan polyester sangat baik untuk kesihatan kerana ianya tidak berdebu dan antimites. Kelebihan bantal ini juga ialah hygienic dan ada yang boleh dicuci mesin. Berbeza dengan isian organik seperti bulu itik atau kapok. Walaupon ianya selesa, mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang contohnya pesakit asma.



So, macam mana? Dapat manfaat dari artiket ini? Jom pilih bantal yang sesuai untuk tidur yang lebih lena dan berkualiti. 


Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel
Sleep Like A King



BERMINAT MEMBUAT BELIAN BANTAL HOTEL DAG?


Belian secara whatsapp : klik -> Whatsapp Das Abdul Global Klang

You May Also Like

1 Comments