My Bucket List.
[ Day 12 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]
Kalau ada satu Negara yang korang nak sangat sampai, ke mana agaknya ye?
Saya tak nak jawab Korea walaupon sekarang geng reseller DAG masing-masing tengah demam korea. 😜
Saya pernah teringin ke Turkey lepas tengok cerita Manisnya cinta di Cappadoccia. Tapi sayangnya takde rezeki nak ke sana free atas tiket Top Sale DAG 25 Mac ni.
Saya tak nak jawab Mekah, sebab saya percaya itu memang bucket list semua umat Islam yang beriman. Wajib bagi kita yang berkemampuan. Walaupon kecundang untuk lepas kelayakan Umrah DAG 2019, niat keazaman dan kesungguhan nak kesana takkan pernah padam.
Ada satu Negara yang saya teringin sangat nak sampai.
2 tahun berturut melekat di vision board saya tapi masih belum ada rezeki nak jejak kaki ke sana.
New Zealand.
Selalu pasang impian satu hari nanti nak travel ke sana dengan family naik caravan.
Teringin nak tengok dengan mata sendiri permandangan cantik ciptaan Allah swt, dengan gunung ganang, tasik terbentang dan bunga-bungaan mengindahkan pemandangan.
Saya selalu rasa New Zealand satu negara yang aman, selamat dan adventure.
Bile baru-baru ni keluar berita insiden tembakan di Christchurch, terkejut rasanya. Tak sangka Negara yang aman macam ni boleh mengemparkan dunia dengan insiden begini.
Harini, seronok lihat macam mana warga New Zealand betul-betul menghormati agama yang lain. Mereka sanggup lindungi masjid untuk umat islam bersolat. Mereka wujudkan scarf day sebagai tanda solitari kepada penganut agama islam. Mereka behimpun beramai-ramai sewaktu solat jumaat dan bersama mendengar laungan azan berkumandang. Tiada langsung api kebencian. Yang ada semakin ramai cuba mendalami apa itu islam.
Allahuakbar. Bertambah teringin nak jejakkan kaki ke sana suatu hari nanti.
Yang pasang impian,
ML SHIDA SALIM
3 Comments
Tumpang caravan. Huhu
ReplyDeleteboleh..bawak anak sorang je tau. x muat nanti anak akk ramai.hahaha
DeleteJom..join "fb trip adik beradik".. Caravan.. Hahaha
ReplyDelete