Tips memasak sepantas kilat 🙊

by - Sunday, March 17, 2019


[ Day 7, Cabaran 21 hari 21 entry DAG. ]


Biasanya kalau tahap kerajinan kami suami isteri berada di skala 5 , hari Sabtu / Ahad camni pukul 8.00 pagi mesti dah terpacak dekat Pasar Pandamaran Klang. Walaupon port tu sesak gila namatey, tetap menjadi pilihan untuk shopping barang basah.

Kalau ikutkan, jarak ke sini dari rumah tak lah dekat mana. Tapi, kalau  dikira-kira, memang jauh berbaloi-baloi kalau borong bahan basah dekat sini berbanding beli di kedai area rumah. Bukan setakat murah, banyak pilihan dan fresh pulak tu.


Setiap kali datang sini, biasanya akan borong stok siap-siap untuk 2 minggu. Senang untuk saya yang bekerja nak masak hari-hari. Sampai rumah tinggal defrost je dalam microwave. Semua dah siap siang dan cuci bersih. Kelentung kelentang kurang setengah jam boleh setel masak. Dah bole fokus buat keja lain pulak.



Part packing ni sy yakin ramai yang buat mcm ni kan.  Basuh bersih-bersih, Pack siap-siap masuk bekas, senang nak prep bahan masakan. 



Tapi paling heaven skali, bila stok 4 beradik ni ada dalam peti. Menyenangkan hidup sungguh weh. Amik je beberapa sudu tumis, gaul dah siap. Segala mak nenek bawang semua takyah sebab dah siap-siap diblend skali. So far, Rekod paling cepat masak lauk setakat ni 5 minit dah setel. Memang membantu sesangat la wanita-wanita yang tak reti masak  terkejar-kejar macam ai.🙊

4 beradik pujaan hatiku. Dari kiri : Pes buttermilk, curry, sweet sour & chili (Tak sempat nak wat sniri. Beli ready made dari cousin. Sedap!)


Udang buttermilk. Contoh resipi 5 minit siap 

Zaman serba serbi nak cepat dan mudah ni, dah tak susah nak dapat pes homemade macam ni. Kalau time free, buat je sniri banyak-banyak dan frozenkan. Kalau taknak buat, beli aje! Ramai jual sekarang ni. Senang standby siap-siap untuk time kecemasan.

Bila cepat selesai keje rumah macam ni, baru la senang nak fokus bisnes bantal DAG.


Yang sayangkan perut suami, 

ML SHIDA SALIM

You May Also Like

12 Comments

  1. Wahh siap resepi buttermilk tu cer tepek resepi pes hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha time rajin je buat sniri. yang dalam gambar ni beli pes kat cousin.. die jual.. x sempat nak buat sniri..hihi

      Nantikan next entry.kalau rajin sy share resipi buttermilk. hehehe

      Delete
  2. Adoi sedapnye... Pak maon nak. Masak ape ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak maon lagi best.. rajin food hunting makanan sedap2..best woo

      Delete
  3. Pes siap sendiri.. mmg rajin shida

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala je rajin kak nyza.. hat yang ni sy beli dari cousin.. die buat.. hihi lupa nak buh disclaimer atas.

      Delete
  4. Jiran pon sayang lebih kalau hari2 jmput mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran kita asek busy je.. balik keje kita dah tido.. cane nak ajak..haha

      Delete
  5. Replies
    1. bukan aunty.. pasar pandamaran ni da dekat port klang.. hari2 ada.. tempat ikan naik.. mmg fresh

      Delete