Misi Menabung 2019?

by - Sunday, March 24, 2019

[ Day 14 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG] 

Korang perasan tak, penutup hujung taun, ramai yang akan share gambar dorang pecah tabung. Selalunya, hasil menabung dorang memang power, jejak 3-4 ribu jugak. Meleleh hingus tengok.

Setiap kali tengok post gitu, maka akan terinspirasi dan semangat membara nak mula menabung tiap-tiap kali masuk tahun baru.

Tapi itulahhh.. Semangat ku selalunya hangat-hangat chicken dung je. Masuk bulan 5, duit tabungan bertukar menjadi road tax 2 kereta dan terkuburlah tabung daku hingga masuk ke tahun depan.haha

Jadi tahun ni, dengan semangat waja saya telah memasang azam setinggi gunung untuk jayakan misi menabung sepanjang tahun melalui beberapa kaedah. Ewah.

1. Misi tabung hijau

Misi ni setakat ni yang paling berjaya tak pernah gagal buat 3 tahun berturut.  Saya namakan tabung ni juga sebagai tabung paksa rela.

Kaedah : Jangan guna semua duit RM5 yang anda terima.

Part ni memang perlukan disipilin yang tinggi. Walau takde duit kecik macam mana pon, dilarang guna duit hijau ni.

Pernah sekali, bawak rm20 je nak pegi isi minyak moto & kononnya nak beli breakfast untuk diri sniri. Lepas isi minyak moto rm5, skali boleh pulak cashier pulang balik 3 keping duit hijau.

Dengan keciwanya, saya teruz balik ke rumah tanpa beli apa-apa sebab dah janji takkan guna duit rm5 tu. Gigih tak? 😂

Kadang2, bila rasa macam tak dapat-dapat duit rm5 bile beli barang, saya akan sengaja bayar barang duit besar semata-mata nak duit rm5. Yang lebih over lagi, kadang siap mintak kat cashier, nak duit ijo tu ye. Memang berkesan cara ni. Boleh la jejak 2-3 ratus sebulan. Kalau setahun? 😍


Hasil 3 bulan setakat ni. Cukup 20 keping je terus kelipkan. Bila tgk makin bertambah, akan lagi semangat nak simpan lagi. Harap tahun ni berjaya simpan sampai ujung tahun dan tidak diangelina jolikan 😂

2. Tabung kutu

Ramai orang main kutu untuk mudahkan kita bila nak beli sesuatu. Bila berkutu ni, takde lah terasa sangat kan nak keluar duit segedebuk. Tapi saya main kutu semata-mata untuk #misipenuhkantabung. 

Seeloknya, kalau mmg tujuan nak menyimpan, mintak giliran last-last skali. Maklumla bila duit ada kat tangan, perjalanan kita akan penuh dengan dugaan dan pancaroba 🤣

Kaedah : Join kutu RM200 sebulan. Cukup setahun dapatlah RM2400. Terus simpan jangan tengok lama-lama okehh. 😂 Cara ni bagus sebenanya nak suh kita terpaksa simpan RM200. Kalau simpan sniri kekadang culas dan kurang disipilin diri. 

3. Tabung duit sepah merata di rumah

Tabung ni paling kejam. No mercy. Memang saja beli besor punye letak depan mata. Pantang nampak duit syiling dan kertas merata, memang tak lengah masuk tabung punye. Kadang time mesin baju jumpa RM50 dalam seluar suami, jangan ditanyalah kemana tujunya duit itu. Haha semua ni untuk kebaikan kita bangg. 🤣

Selain duit bersepah, tabung ni boleh kira tabung harian jugak lah.kalau agak-agak ada duit lebih sikit dalam purse tu, tarik la sekeping dua masukkan. Rajin gak bukak mulut tanya suami "da menabung ke tu? 🙊"  Dahtu kalau harap kita sorang je isi, bile nak penuhnye ye tak? 🤣



4. Tabung bisnes part time DAG

Kalau harapkan gaji hakiki semata, memang mimpi la nak dapat capai #misisimpanan20k DAG. Maklumlah banyak sangat komitmen. Kadang tak cukup juga harapkan gaji. Time ni la tabung bisnes part time ni paling berjasa.

Tabung ni takde la rigid sampai tak leh guna. Berpeluh jugak kalau takde. Tapi tabung ni la paling mudah nak simpan, yang mampu beli barang apa yang dok mengidam, tabung yang bayarkan hotel kalau nak pi berjalan-jalan. Serba serbilah. 

Tapi tahun ni tabung ni wajib jadi penyumbang besar untuk capai misi 2019. #misisimpanan20k! Tapi perjalanan masih jauh lagi. Kene kerja keras lagi untuk gemokkan tabung ni. 💪

Korang macam mana? Share la cara korang. Mana tau saya boleh duplicate pulak kan.😊

Yang tengah menahan diri dari korek tabung, 

ML SHIDA SALIM




You May Also Like

1 Comments