10 Fakta Pelik dan Menarik mengenai Korea

by - Thursday, March 21, 2019

[ Day 11 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]




Sempena DAG HOME launching set bedding dan bantal dari Korea ni, jom kita Study sikit Fakta Pelik dan Menarik pasal Korea!


1. Nama Korea berasal daripada perkataan "Goryeo" yang bermaksud Tinggi dan Bersih. Ia mengambarkan tanah Korea yang mempunyai banyak gunung ganang dan air sungai mengalir yang bersih,

2. Korang tau tak, dekat Korea, baby yang baru lahir umur dorang terus dikira satu tahun? Korang jangan pulak ada hati nak pi jual baju new born one month, two month, 6month etc etc tu kat sana ye. Konpius pulak orang kang size baju = umur anak dalam perut.

3. Orang Korea sangat pantang tulis nama dengan pen merah. Nama yang ditulis dengan pen merah ni bermaksud seseorang tu da hampir-hampir meninggal dunia atau pon memang da kiok.



4. Macam orang Cina juga, Orang Korea ni pantang dengan No 4. No 4 ni dikire nombor yang tak bertuah dan seringkali dikaitkan dengan kematian. Penyakit fobia kepada no 4 ni namanya "Tetraphobia". Dorang punya takot, sampai tahap kapal perang, kapal laut, lif semua takde no 4. Malahan, tarikh 4 April tu dianggap tarikh yang malang bagi mereka.



5. Orang Korea sangat suka shopping! Shopping mall dorang antara yang terbesar didunia dan  dibuka hingga jam 4.00 pagi! Wow tak tido malam ke ape dorang ni

6. Pembedahan kelopak mata adalah sangat famous dan normal di Korea. Kebanyakkan mereka, dapat pakej bayaran surgery kelopak mata sebagai hadiah hari jadi ke 16 dorang. No wonder la lawo-lawo belaka orangnya. Plastik surgery memang perkara biasa.

7. Setiap kali nak amik gambar, orang Korea akan sebut "KImchi" dan bukannya "Cheese"macam yang korang salu buat tu.hihi

8. Orang South Korea ada "sesuatu" dengan najis. Dari bentuk biskut, ke key chain phone, macam benda dorang buat berbentu najis. Dorang siap ada muzium dan taman tema berkonsepkan najis weh. Perghh Series ah!

9. Rakyat Seoul, dikategorikan sebagai rakyat yang paling kurang tidor didunia. Rata-rata mereka tidur kurang 6 jam sehari!

10. Pernah tak tengok ramai yang tergilakan set comforter bundle dari Korea? Tak dinafikan, comforter dari Korea antara yang paling tinggi kualitinya. Kain jenis microfibre fabric memang sangat berkualiti, sejuk dan lembut. Kalau anda sejenis anti barangan bundle tapi terigin nak cuba set DAG Home Korea Spring Summer Collection Korea baru bau kedai punyeee, jom dapatkan daripada saya segera!



Yang belum pernah sampai Korea,

ML Shida Salim

You May Also Like

6 Comments

  1. Belum pnh sampai juga. Berangan saja nk gi

    ReplyDelete
  2. Belum pernah sampai jugak... ����

    Akak pernah buat surgery mata ke? Cantik je tgk mata akak tu..����

    ReplyDelete
  3. Wow! Gf anak aunty org korea, boleh refer kat dia ni pasal fakta2 ni.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh international sungguh anak aunty. leh suh bakal menantu modelkan cadar nanti aunty.original korea.hihi

      Delete