To Do List...
Kadang-kadang ada masanya mood dekat opis jadi kelaut.
Ntahla, bila perasaan malas tiba-tiba menjelma, kerja tu automatik jadi perlahan. Rasa otak lambat nak bergerak. Lagi-lagi kalau takde panduan apa yang kita patut setelkan dulu pada hari tersebut.
Benda ni memang sangat tak bagus. Tak boleh selalu buat kalau taknak kena label macam-macam (read : pemalas curik tulang makan gaji buta). Nehi nehi nehi. Mau kene sergah dengan boss sat lagi. Jadi, bila jadi benda macam ni, ada beberapa cara saya buat kasi mood buat kerja mencanak naik semula.
1) To Do List.
Sebenarnya, benda ni hari-hari patut ada. Tapi tula, kadang-kadang kita ingat kita mampu ingat semua, tapi bila tak bertulis depan mata, tu la jadi kelaut semuanya.
Penting sangat kita tulis dan tampal didahi letak di tempat yang boleh nampak, senarai perkara yang kita kena selesaikan hari tersebut. Lepas da setel, tanda besar-besar guna pen merah sempena kita berjaya setelkan gittew. Nak gedik lagi, tulis ayat-ayat gedik macam well done! good job! bagi pujian kepada diri sniri.hihi. Percayalah, semakin banyak kita dapat tick, semakin bersemangat waja kita untuk setelkan semua semampu yang boleh.
Kadang-kadang we will be amazed on how much work we can do in 1 day, bila kita da list siap-siap macam ni.
Dalam bisnes pon sama. Kalau saya tak listkan benda-benda yang saya patut buat untuk bisnes Bantal Hotel DAG saya, konpem tengelam ke dasar laut x timbul-timbul. 2 minggu dah saya tenggelam ni, balik keje ni kene pi tulis balik To Do List.
2) Pasang Lagu yang Bakar Semangat
Satu cara lagi kalau mood saya tengah kelaut, saya akan pasang lagu yang boleh inject semangat. Lagu-lagu tu mesti la kriteria nye tidak mendayu-dayu, bukan lagu sedih atau percintaan yang putus ditengah jalan. Contoh lagu yang saya biasa dengar, lagu Fuel. Metallica. haha ntala.Bila dengar lagu ni kaki otomatik bergerak-gerak menyebabkan seluruh angota badan dan otak turut sama bergerak.
Gimme fuelll Gimmiii Waa Gimmi Zabezabezaaaaa
Tak paham mende lirik tapi layannn..haha
Korang kalau mood malas datang menjelma korang buat camne?
Yang Malas pagi tadi tapi dah jadi rajin balik,
ML Shida Salim
0 Comments