Ekspektasi VS Realiti?

by - Tuesday, March 12, 2019

[ Day 3, Cabaran 21 hari 21 entry DAG. ] 


Pagi semalam, pagi yang saaaaangat stress! 


Lepas setel siapkan anak-anak pegi sekolah, tepat pukul 7.05 minit pagi saya terus gerak ke ofis. Jarak dari rumah ke tempat kerja tak lah jauh mana. Ada la dalam 10 km diselang seli dengan tol RM2 dan RM1.70. Mengikut percaturan standard hari biasa, kalau takde aral melintang di tengah highway, dalam 30 - 35 minit sampai la ke opis.


Sambil menekan pedal minyak, bertemankan video youtube "10 minute to start your day positively", maka berkobar-kobarlah daku ke tempat kerja dengan expectation harini konpem sampai awal ke ofis. Berbekalkan pulak semangat Post ICG Master Leader DAG yang masih menebal di dalam sanubari, kepala otak memang dah on track planning whole day arini.

5 minit pertama jalan clear. Masa masih panjang lagi, hati dah mula seronok tak perlu nak berkejar-kejar dari parking berebut lif. Lif opis ni boleh tahan sakanya. Suka memainkan perasaan ai. 8 jam tunggu tak buka-buka pintunya. Jadi, kalau terjadi insiden sebegini rupa, kebiasaanya berlari-lari anak lah daku mendaki anak tangga 4 tingkat. Siap berhenti Pit stop kat tingkat 2, port untuk tarik napas panjang sambung nyawa sambil betulkan lutut yang tak benti vibrate. Walaupon hampir biru muka menahan mengah, tetap menten cool dan berdoa janganla terserempak dengan sesiapa yang dikenali time-time gini.

Tapi benarlah, kita hanya merancang Allah swt yang menentukan.

Selepas 5 minit jalan clear, turun je highway kereta melekat dalam jem yang sungguh luar biasa. Separuh jalan, minyak pulak abeh weh. Panik dah! Terpakse amik exit pi carik stesen minyak. Pusing kot sana jem. Pusing kot sini jem. Akhirnya, saya hanya berjaya sampai opis tepat jam 8:50 pagi. Fuh kalau ikutkan, 1 jam 45 minit tu dah boleh sampai tol ayer keroh Melaka dah weh dari klang. Amik kaw.. yakin sangat tadi, last-last merah punch kad!



Jadi, Learning point nya apa disini?

1. JANGAN OVER CONFIDENT! Mentang-mentang guna jalan tu hari-hari, kita ingat dah tau serba serbi, eksyen taknak check waze dulu. Walhal, kalau kita bukak waze sebelum gerak tu, konpem-konpem die bagitau "Hoi carik pasal pi lalu jalan situ. Kornarrrr kornarrr Pi ikut jalan lain!" Makanya tak lah kau mereput dalam jem itu.

2. PERSEDIAAN! Dah tau minyak tinggal satu bar, malam sebelumnya takmau pi isi. Konfiden cukup sampai opis. Skali jem, amik haa.. mengeletor carik stesen takot tersadai tepi jalan. 

3. EXPECTATION vs REALITI! Apa yang kita harapkan, tak semestinya berlaku. Jadi, sebelum nak buat apa-apa tu perlu ada perancangan dan Always kena ada PLAN B! Walaupon bende tu rutin yang kau buat hari-hari.


Dalam bisnes pon gitu la juga. Kadang kita harap result gini, tapi dapat gini. Jangan stress pulak tak dapat apa yang kita nak. Always improvise!

Apa-apa pun mujur lah stress ai pagi tu sekejap je. Sampai je opis tenang balik jiwa. Mungkin sebab malam sebelum tu semua cukup. Makan cukup, tido cukup. Tido pulak kat kepala bantal microfibre tang kaki peluk bantal hpro. Huihhh jangan tanya la lena ke idokkk. Sampai lupa nak peluk laki kat sebelah uiiiii! hihihihi

You May Also Like

11 Comments

  1. Stuju2 shida, trima kasih sharing shida👍👍

    ReplyDelete
  2. betul.mcm saya kena tnggal flight bln lps 😭😭 burn rm2000

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Slalu gitu expect lain dpt lain.

    ReplyDelete
  5. Betul.. Saya expext dpt ipad tapi xdpt hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saya selalu expect menang cabutan utama tapi realitinye uhukuhuk tak pernah bertuahhh

      Delete