Pantang ada cabaran, baru nak bergerak
[ Day 2, Cabaran 21 hari 21 entry DAG. ]
Ramai orang kata mereka nak jadi orang berjaya.
Ramai orang kata mereka nak ubah hidup.
Ramai yang mengaku kata dorang dah berusaha, tapi hasilnya masih sama.
Akhirnya kelautan dalam ntah ke mana.
Persoalannya, cukup ke PERSEDIAAN dan TINDAKAN kita?
Berapa ramaiii orang yang ada ilmu, ada kemahiran, ada bakat terpendam untuk lakukan sesuatu, tapi masih tak kemana?
Sebabnya?
Kita tidak mula BERTINDAK!
Kita suka BERTANGGUH!
Kita takda TARGET!
Tapi perasan tak, bila ada yang mula mencabar kita, tanpa lengah kita cuba sahut. Dari yang tak boleh buat, tau-tau boleh. Dari yang tengelam, tiba-tiba timbul.
The Power Of Push Factor!
Sebenarnya, dah 2 bulan saya mula nak gerakkan blog dasabdulglobalklang ni. Rangka asas dah lama ada. Tapi, bila mula buat, bila datang masalah yang saya tak dapat selesaikan, saya stop. Malas ya amat nak usaha carik penyelesaian. Biawak besor punye dalam kepala. Bukannya tak tahu blog ni sangat berguna. Tapi sikap bertangguh tu punca segalanya.
Cabaran Madam Sapinah sangat tepat masanya. Macam magic, sehari saya dapat carik jalan penyelesaian. Saya rujuk pada yang lebih arif. Saya minta pertolongan orang lain. Saya usaha fahamkan mana silap saya pasal blog. Dan wallahhh~ sebenarnya masalah besar saya ni masalah kecik je untuk orang yang saya rujuk. Tak sampai berapa jam siap dia bantu saya.
Perkara penting yang saya belajar dari Tuan Das Abdul dari ICG Master Leader Melaka, lihat masalah itu dari sudut pandang atas. Jangan fokus pada masalah sahaja, fokus pada mencari jalan penyelesaiannya. Sentiasalah rujuk pada yang lebih arif untuk bantu selesaikan masalah kita. InsyaAllah, kita takkan duduk di takuk lama mereput disitu tak kemana.
Btw, terima kasih Tuan Fid sebab sudi bantu saya. Rasa nak lompat bintang bile tengok blog da ada drop down menu kat atas skali tu. Wehuuuu!
#Throwback gambar sesi sky lounge bersama Tuan Das Abdul di ICG Melaka 2019.
0 Comments