Review Hatten Place, Melaka

by - Friday, March 29, 2019

[ Day 19 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG]

Semalam, saya review Hatten Hotel Melaka kan? Selain dari Hatten Hotel, ada satu lagi Hotel bawah syarikat Hatten ni, tak jauh dari Hatten Hotel. Kira-kira 1.9 km to be exact dan terletak di Hatten City.



Sebab kami sampai awal sehari dari program, kenalah book hotel untuk hari sebelum mesyuarat tu. Kami decide nak try Hatten Place nak tengok macam mana hotelnya. Lagipon teringin nak naik sky deck bentuk kapal tingkat 43.



Uniknya, lobby hotel ni terletak di tingkat 13. Hotel no bersambung dengan Element Mall dan bersebelahan dengan Double Tree Hotel. Rate harga sangat berpatutan, murah daripada Hatten Hotel.

Dekorasi cantik, semuanya selesa. Bilik sy dapat kecil sikit tapi selesa. Tv besar. Kemudahan semua ok cuma iron kene call and housekeeping hantakan.











Facilities macam pool, sauna semua ada. Tapi sebab kami sampai malam, tak sempat nak discover. Dalam building hotel ni, ada wayang, mr diy dan butik-butik. Boleh la cuci mata.

Kalau stay sini, akan dapat free ticket untuk naik skydeck. Kami naik pkl 830 malam, so boleh la enjoy permandangan lampu-lampu. Cuba jugak terbangkan drone kononnya nak amik gambar top view, tapi tak dapat signal pulak.





Breakfast di thyme cafe. Sangat-sangat cantik. Makanan ok, x sebanyak pilihan di Hatten Hotel. Tapi still ok. Untuk anak, Ayraa (6 tahun) je kena bayar RM18 untuk additional breakfast.


Overall menginap kat sini ok. Cuma kalau mall ni penuh lagi kedai mungkin lagi menarik. Maybe tempat masih baru nak develop. Nak ke tempat tarikan perlu naik kereta. Tapi tak jauh pn. Macam mentioned tadi, dalam 1.9 km ke Bandar Hilir.

Yang masih penat outstation, 

ML Shida Salim

You May Also Like

0 Comments