• Utama
  • Produk DAG
    • PHD
    • HClassic
    • HClass Pro
    • Cong Codei
    • Kapok
    • Microfiber M3
    • Memory Foam
    • Duck Down Feather
    • Boudior Pillow
  • Produk DAG Home
    • Towel DAG Home
    • Bantal Diamond
    • Bolster DAG Home
    • Easy Storage Latex-Feel Mattress
  • Promosi
  • Sertai Kami
  • Hubungi Kami
facebook instagram Email

Das Abdul Global Klang by Master Leader Shida Salim

[ Day 21 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]

Pejam celik, pejam celik dah sampai ke entry 21 cabaran 21 hari 21 entry DAG. Bermula dari cubaan menyahut seruan MD Sapinah untuk wujudkan yang tiada, dan hidupkan yang lama, sampai dah rutin, rasa tak lengkap hari selagi tak update entry.

Sibuk macam mana pon sepanjang 21 hari ni, gigih juge sebelum tido menaip. Tinggal 2, 3 minit nak pukul 12 selalunya muka ai masih ngadap dashboard. 🤣

Alhamdulillah, I Made It!



Kalau ikutkan, 21 hari memerah otak nak update blog memang bukan mudah. Kalau setakat merapu tu memang boleh sangat, banyak benda boleh kucurahkan.

Tapi, bila fikir nak kongsi sesuatu yang beri manfaat pada pembaca, ntah macam mana idea tu tak semena-mena datang. Dari pengalaman dan perjalanan kehidupan seharian. Harapnya, yang pernah singgah blog ni dapat la sesuatu hendaknya.

Semoga dengan berakhirnya entry ke 21 ni, tak menjadi yang terakhir untuk blog dasabdulglobalklang. Jangan serik kunjung blog ni, mana tau banyak lagi perkongsian akan datang.

Geng-geng Kelab Blogger DAG, ramai yang berjaya sampai misi tak? Kalau berjaya TAHNIAH diucapkan untuk kita semua. Anda sememangnya terbaik. Alhamdulillah, WE MADE IT!

Yang tengah tersenyum, 

ML SHIDA SALIM

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
[ Day 20 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]

Minggu yang pack dengan aktiviti. Balik dari Melaka terus bergegas ke Majlis Perkahwinan Cousin. Nikah malam sabtu, sanding Hari Sabtu.

Alhamdulillah cuaca redup tak sepanas selalu. Selalunya time-timd tengahari gitu panas mak aih kemain. Memang pikir nak bawal anak3 dok dalam rumah je kau gitu. Tup-tup cuaca redup, mendung je sepanjang hari. Berlari-larilah anak ke sana sini.

Seronok time kenduri macam ni, sebab dapat jumpa saudara mara yang jarang jumpa. Keluarga pulak makin bertambah besar sebab cousin-cousin ramai dapat baby baru. Happening sungguh.

Anyway, Selamat Pengantin baru mimi & adib! Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke anak cucu dan akhir hayat.









Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
[ Day 19 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG]

Semalam, saya review Hatten Hotel Melaka kan? Selain dari Hatten Hotel, ada satu lagi Hotel bawah syarikat Hatten ni, tak jauh dari Hatten Hotel. Kira-kira 1.9 km to be exact dan terletak di Hatten City.



Sebab kami sampai awal sehari dari program, kenalah book hotel untuk hari sebelum mesyuarat tu. Kami decide nak try Hatten Place nak tengok macam mana hotelnya. Lagipon teringin nak naik sky deck bentuk kapal tingkat 43.



Uniknya, lobby hotel ni terletak di tingkat 13. Hotel no bersambung dengan Element Mall dan bersebelahan dengan Double Tree Hotel. Rate harga sangat berpatutan, murah daripada Hatten Hotel.

Dekorasi cantik, semuanya selesa. Bilik sy dapat kecil sikit tapi selesa. Tv besar. Kemudahan semua ok cuma iron kene call and housekeeping hantakan.











Facilities macam pool, sauna semua ada. Tapi sebab kami sampai malam, tak sempat nak discover. Dalam building hotel ni, ada wayang, mr diy dan butik-butik. Boleh la cuci mata.

Kalau stay sini, akan dapat free ticket untuk naik skydeck. Kami naik pkl 830 malam, so boleh la enjoy permandangan lampu-lampu. Cuba jugak terbangkan drone kononnya nak amik gambar top view, tapi tak dapat signal pulak.





Breakfast di thyme cafe. Sangat-sangat cantik. Makanan ok, x sebanyak pilihan di Hatten Hotel. Tapi still ok. Untuk anak, Ayraa (6 tahun) je kena bayar RM18 untuk additional breakfast.


Overall menginap kat sini ok. Cuma kalau mall ni penuh lagi kedai mungkin lagi menarik. Maybe tempat masih baru nak develop. Nak ke tempat tarikan perlu naik kereta. Tapi tak jauh pn. Macam mentioned tadi, dalam 1.9 km ke Bandar Hilir.

Yang masih penat outstation, 

ML Shida Salim
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
[ Day 18 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]

Tak sampai sebulan, join program Inner Circle Gathering Master Leader DAG di Hatten Hotel Melaka, arini sekali lagi sampai ke sini untuk hadir ke persidangan anjuran negeri.

Memandangkan dua kali pengalaman join program kat hotel ni, terasa nak buat unpaid review lah untuk Hotel Hatten Melaka ni. Hihi

Lokasi

Hotel ni terletak di tengah-tengah Bandar Hilir. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan. Tak jauh dari Kota Afamosa, Menara Taming Sari dan Mahkota Parade.

Dari aspek logistik, memang mudah nak ke mana-mana. Lebih-lebih lagi dia memang bersambung dengan mall. Nak ke tempat-tempat tarikan boleh jalan kaki je. Bab jem? Melaka kan. Tak Melaka la kalau tak hadap jem sebelum sampai tu 🙈

Bilik

Untuk kalini, bilik yang saya dapat memang menarik dan lain dari yang lain. Biasanya, layout mana-mana hotel ni quite predictable. Tapi masa masuk je bilik, memang suprise sebab ada separated area untuk sofa, small tv & pantry.

Antara bahagian ini dan katil, ada separate glass divider dan ada satu lagi tv besar. Memang syok la sebab tak perlu berebut channel dengan anak-anak 🙈





Room facilities memang tip top. Iron dan ironing board dan semua yang diperlukan memang tersedia. Cuma bilik yang ni, takde bath tub je la. Kalau ada memang malas nak  bawak pi swimming. 😂 Berzikir je ha nak berenang. 





Makanan

Kalau bab makanan kat hotel ni, seriusly memang tip top. Breakfast, dinner and lunch ada banyak pilihan makanan. Sampai tak tau nak amik mana satu.makan.ai bagi 5 bintang untuk wide selection and tastewise. 









Yang lain-lain semua saya boleh katakan tip top. Bersesuaian dengan services dan lokasi yang dorang offer, harga semalam boleh kira berpatutan juga. Nak murah? booking awal-awal online. Hehe 

Yang rasa dah gemuk sebab asek makan sedap, 

ML Shida Salim
Share
Tweet
Pin
Share
5 Comments
[ Day 17 : Cabaran 21 hari 21 entry]

Sejak ditugaskan mengetuai Bahagian baru kira-kira sebulan lepas, part paling seronok skali ialah time buat lawatan pemantauan ke premis usahawan.

Sebab jiwa ni dah memang sebati dengan bisnes, dan sebab diri sniri juga seorang yang suke makan 🙈, jadi bab-bab uruskan perihal usahawan makanan ni memang satu tugas yang sangat kena dengan jiwa. 

Tugas kami lebih pada bantuan dan menjadi pemudahcara bagi usahawan untuk mereka kembangkan lagi perniagaan dalam dan luar negara.

Tapi, hakikatnya, setiap kali lawatan, lebih banyakkk ilmu bisnes dari usahawan tu sniri yang kami bawa pulang. Macam-macam asam ragam dan selok belok perniagaan mereka kongsikan. Sampai kadang rasa nak benti keje start bisnes pulak.haha tak tak. 

Industri makanan ni bukan kecil-kecilan hasilnya. Kalau yg steady, income ratus ribu sebulan tu biasa bagi mereka. Tapi pada masa yang sama, banyak je yang gulung tikar dan susah nak sustain. 

Kenapa rasanya? 

PERANCANGAN : Gagal buat perancangan tempoh jangka masa pendek dan panjang dengan baik

NETWORKING : Kurang jalinan kerjasama antara usahawan sealiran sebab anggap usahawan lain itu sebagai pesaing. Rugi! Sebab networking sangat membantu perniagaan untuk sustain lebih lama. 

MARKETING : Kalau dah namanya bisnss   Marketing ni la nadinya. Lagi giat kita buat marketing, insyaAllah akan lebih majulah bisnes

Dan macam-macam lagi faktor lain. 

Pendek kata, kalau kita nak, kenelah seribu daya bukannya seribu dalih. 





 Yang suke lawat usshawan,.

ML Shida Sali.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
[ Day 16 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG]

KISAH ABU

Gaji Abu sebulan RM4000. Tolak komitmen bulanan RM2000. Tiap-tiap bulan Abu tak lupa simpan RM200 dalam tabung haji. Makanya baki yang tinggal RM1800.


Berbakikan RM1800 ni bu buat belanja dapur, belanja anak, isi minyak keta, bawak anak makan sedap dan lain-lain untuk kelangsungan hidup selama sebulan.


Cukup bulan gaji Abu pon abes. Lalu Abu menghitung hari gaji masuk balik. Tabung simpanan Abu tetap RM200 tak berganjak.

KISAH ALI

Gaji sebulan Ali RM4000. Tolak komitmen bulanan RM2000. Abu salu pesan kat Ali, kau joli2 jugak. tapi jangan lupa simpan RM200 dalam tabung haji. Maka baki gaji Ali pon sama jugak tinggal RM1800.

.

Tapi Ali lebih bijak dari Abu. Dia carik jalan tambah pendapatan dengan buat bisnes online. Tapi Ali tak berani kuarkan modal sebab takot modal terbenam dan belanja bulanan sangkut. Lalu Ali contact ML Shida Salim cakap nak jadi dropship DAG tanpa modal.

Bermodalkan air liur dan data internet,  Ali mula promote bantal DAG kat wassap, facebook dan kawan2 masjid. 2 minggu je Ali berjaya jual 20 biji sebulan jual 40 biji. Makanya, Komisyen Ali yang yang bijak bistari ini ialah RM254 sebulan.


Ali masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi, tabung simpanan Ali dah berganda dari simpanan Abu jadi RM454😍. Sekali sekala Ali belanja Abu mengeteh dari duit untung bantal.


KISAH AHMAD

Gaji sebulan Ahmad RM4000. Tolak komitmen bulanan RM2000. Baki gaji  Ahmad tinggal RM2000. Ahmad berani orangnya. Lepas tengok Ali selamba tapau 40 biji jualan sebulan, dengan penuh keyakinan Ahmad bagitau ML ShidaSalim die nak laburkan RM825 untuk beli 30 biji bantal.

.

Ahmad jimat-jimat baki gaji RM1175 yang ada. Pulun punya pulun tak sampai 3 hari bantal Ahmad licin. Ahmad tak joli tapi rolling lagi beli bantal. Lepas follow tips marketing ebook 21 cara jual 100 biji bantal pertama. Diam tak diam, Ahmad bejaya jual 100 biji sebulan dengan untung sebanyak RM1200.

.

Modal Ahmad labur dapat semula. Untung RM600 Ahmad simpan Tabung haji, amik sikit bayar zakat, amik sikit masuk tabung simpanan anak, amik sikit masuk tabung holiday, baki buat belanja isteri dan mak ayah. Bagus En Ahmad ni ye.

Jadi, korang suke nak jadi Abu ke Ali ke Ahmad?

You decide!

Yang suka jadi Ahmad, 

ML SHIDA SALIM

#bantalhotel
#bantalhoteldag
#teamamayra
#dasabdulglobal
#usahawandag

Nota kaki : Cerita rekaan. Tiada kene mengena dengan yang hidup ataupon mati. 🙈
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
[ Day 15 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]

Sebenarnya, saya ni sangat jarang tengok wayang. Lepas dah kawen 7 tahun, rasanya baru 3 kali tengok wayang termasuk yang semalam.

Plan tengok wayang semalam memang tak dirancang, asalnya plan  nak COD bantal hotel DAG jenis PHD kat customer di area Icity. Customer nak beli untuk homestay katanya. Jadi, alang-alang dah ke sana singgah la melawat Icity Mall yang baru tu. Dalam waktu Magrib masa kami siap-siap nak keluar mall nak pergi COD, customer tiba-tiba cakap dia ada di Alam Avenue Shah Alam. Die minta hantakan ke sana. 

Petang tu, suami ada la ajak gitu-gitu tengok Upin Ipin kat wayang. Tapi sebab macam tiba-tiba je ajak, so macam takda la beria nak pegi. Siap cakap nanti lah esok lusa bila free sikit. hihi. TIme COD bantal tu, helok pulak sebelah kedai tu tersergam sebesar-besar alam bangunan IRDKL Shah Alam tu tulis TSR Cinemax. Si bini pandang suami, si suami pandang isteri. Long story cut short,  tanpa dirancang tertengoklah kami Upin Ipin semalam disitu. hihi




Seriously, cerita kalini memang sangat menyentuh hati. Sedih ada, seronok ada, gembira ada, kelakar ada, macam-macam kisah pengajaran yang boleh kita amik dari cita ni. Complete package! Boleh kata semua aspek dari grafik, flow penceritaan, pemilihan lagu-lagu, runut bunyik, memang WOW sangat! Kisah Mat Jenin, Nujum Pak Belalang, Si Tanggang, Singapura di langgar todak, Bawang Putih Bawang Merah, Raja Bersiong diselitkan sebagai jalan utama cerita. Cantik susunan cerita tak nampak bercampur aduk langsung walaupon cerita-cerita ni lain-lain kisahnya.

Grafik cerita ni tersangat cantik dah sama level dengan movie international. Memang puas sesangat tengok dalam wayang skrin besar, efek-efek yang dihasilkan. Scene paling seronok, scene panglima nakhoda karam menyanyi dan berjoget ramai-ramai. Lagu sangat best sesuai dengan keadaan dan sangat-sangat menghiburkan. Sampai anak-anak terjoin tepuk tangan sama-sama menari. hehe.Sepanjang 2 jam siaran, memang takde langsung moment yang membosankan. Pilihan suara dan watak pun memainkan peranan sebab rasa hidup sangat watak-watak semua.

Overall, saya kasi 5 bintang penuh untuk cerita ni. Memang tak rugi kalau tengok! Bangga ada movie Malaysia sehebat Kartun Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal ni! Well done team Les' Copaque Production! 


Yang rasa nak tengok lagi skali,

ML Shida Salim

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
[ Day 14 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG] 

Korang perasan tak, penutup hujung taun, ramai yang akan share gambar dorang pecah tabung. Selalunya, hasil menabung dorang memang power, jejak 3-4 ribu jugak. Meleleh hingus tengok.

Setiap kali tengok post gitu, maka akan terinspirasi dan semangat membara nak mula menabung tiap-tiap kali masuk tahun baru.

Tapi itulahhh.. Semangat ku selalunya hangat-hangat chicken dung je. Masuk bulan 5, duit tabungan bertukar menjadi road tax 2 kereta dan terkuburlah tabung daku hingga masuk ke tahun depan.haha

Jadi tahun ni, dengan semangat waja saya telah memasang azam setinggi gunung untuk jayakan misi menabung sepanjang tahun melalui beberapa kaedah. Ewah.

1. Misi tabung hijau

Misi ni setakat ni yang paling berjaya tak pernah gagal buat 3 tahun berturut.  Saya namakan tabung ni juga sebagai tabung paksa rela.

Kaedah : Jangan guna semua duit RM5 yang anda terima.

Part ni memang perlukan disipilin yang tinggi. Walau takde duit kecik macam mana pon, dilarang guna duit hijau ni.

Pernah sekali, bawak rm20 je nak pegi isi minyak moto & kononnya nak beli breakfast untuk diri sniri. Lepas isi minyak moto rm5, skali boleh pulak cashier pulang balik 3 keping duit hijau.

Dengan keciwanya, saya teruz balik ke rumah tanpa beli apa-apa sebab dah janji takkan guna duit rm5 tu. Gigih tak? 😂

Kadang2, bila rasa macam tak dapat-dapat duit rm5 bile beli barang, saya akan sengaja bayar barang duit besar semata-mata nak duit rm5. Yang lebih over lagi, kadang siap mintak kat cashier, nak duit ijo tu ye. Memang berkesan cara ni. Boleh la jejak 2-3 ratus sebulan. Kalau setahun? 😍


Hasil 3 bulan setakat ni. Cukup 20 keping je terus kelipkan. Bila tgk makin bertambah, akan lagi semangat nak simpan lagi. Harap tahun ni berjaya simpan sampai ujung tahun dan tidak diangelina jolikan 😂

2. Tabung kutu

Ramai orang main kutu untuk mudahkan kita bila nak beli sesuatu. Bila berkutu ni, takde lah terasa sangat kan nak keluar duit segedebuk. Tapi saya main kutu semata-mata untuk #misipenuhkantabung. 

Seeloknya, kalau mmg tujuan nak menyimpan, mintak giliran last-last skali. Maklumla bila duit ada kat tangan, perjalanan kita akan penuh dengan dugaan dan pancaroba 🤣

Kaedah : Join kutu RM200 sebulan. Cukup setahun dapatlah RM2400. Terus simpan jangan tengok lama-lama okehh. 😂 Cara ni bagus sebenanya nak suh kita terpaksa simpan RM200. Kalau simpan sniri kekadang culas dan kurang disipilin diri. 

3. Tabung duit sepah merata di rumah

Tabung ni paling kejam. No mercy. Memang saja beli besor punye letak depan mata. Pantang nampak duit syiling dan kertas merata, memang tak lengah masuk tabung punye. Kadang time mesin baju jumpa RM50 dalam seluar suami, jangan ditanyalah kemana tujunya duit itu. Haha semua ni untuk kebaikan kita bangg. 🤣

Selain duit bersepah, tabung ni boleh kira tabung harian jugak lah.kalau agak-agak ada duit lebih sikit dalam purse tu, tarik la sekeping dua masukkan. Rajin gak bukak mulut tanya suami "da menabung ke tu? 🙊"  Dahtu kalau harap kita sorang je isi, bile nak penuhnye ye tak? 🤣



4. Tabung bisnes part time DAG

Kalau harapkan gaji hakiki semata, memang mimpi la nak dapat capai #misisimpanan20k DAG. Maklumlah banyak sangat komitmen. Kadang tak cukup juga harapkan gaji. Time ni la tabung bisnes part time ni paling berjasa.

Tabung ni takde la rigid sampai tak leh guna. Berpeluh jugak kalau takde. Tapi tabung ni la paling mudah nak simpan, yang mampu beli barang apa yang dok mengidam, tabung yang bayarkan hotel kalau nak pi berjalan-jalan. Serba serbilah. 

Tapi tahun ni tabung ni wajib jadi penyumbang besar untuk capai misi 2019. #misisimpanan20k! Tapi perjalanan masih jauh lagi. Kene kerja keras lagi untuk gemokkan tabung ni. 💪

Korang macam mana? Share la cara korang. Mana tau saya boleh duplicate pulak kan.😊

Yang tengah menahan diri dari korek tabung, 

ML SHIDA SALIM




Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
[ Day 13 : Cabaran 21 hari 21 entry ]


Teringat masa kecik dulu. Asal cuti sekolah je, schedule kitorang bukan main full.

Dapat pulak jiran-jiran yang umur lebih kurang sebaya, sama kepala. Dari pagi sampai ke petang ada je benda nak dimainnya. Celik mata dah kuar main, balik tengahari makan, sambung petang sampai ke Magrib. 

Pernah sekali kitorang buat mini library atas longkang rumah jiran. Siap diangkutnya macam-macam komik susun-susun hias-hias. Kat situ la dok berangan dah besar nanti kitorang nak buat roller coaster kat jalan rumah kitorg tu. Rail die lalu atas bumbung rumah masing-masing. Punye tinggi daya imaginasi. haha

Kadang-kadang bila rajin, kitorang main treasure hunt. 2 orang reka clue. Yang lain tukang carik. Ke sana sini geledah taman-taman rumah jiran nak carik clue, padahal hadiahnya gula-gula je. Tapi tu pon dah bukan main gembira. 

Game lain macam Selipar tiga, Rounders, Konda Kondi, Batu Seremban, Congkak semua ni benda wajib main zaman dulu-dulu.




Bila da besar sikit, ada anak jiran yang selalunya ada mainan canggih sikit, bertapalah kitorang kat rumah die main segala macam jenis Uno, Uno Stacko, Uno Card, Game Of Life, Monopoly, Sahibba, Roller Blade mcm-mcm lagi. Rumah die jugak lah library permanent kitorg sebab cakap jenis komik apa nak baca, semua ada. 






Memang seronok zaman dulu. Mak ayah tak kesah pon sebab main depan rumah je. Janji sebelum pukul 7;00 malam dah sampai rumah. hehe. kenangan.

Bila dah besar-besar ni, perkara paling seronok untuk ai bila cuti sekolah?

PERGI OPIS JALAN TAK JEM! haha

Yang tibe-tibe terthrowback,

ML Shida Salim

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
[ Day 12 :  Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]

Kalau ada satu Negara yang korang nak sangat sampai, ke mana agaknya ye?

Saya tak nak jawab Korea walaupon sekarang geng reseller DAG masing-masing tengah demam korea. 😜

Saya pernah teringin ke Turkey lepas tengok cerita Manisnya cinta di Cappadoccia. Tapi sayangnya takde rezeki nak ke sana free atas tiket Top Sale DAG 25 Mac ni.

Saya tak nak jawab Mekah, sebab saya percaya itu memang bucket list semua umat Islam yang beriman. Wajib bagi kita yang berkemampuan. Walaupon kecundang untuk lepas kelayakan Umrah DAG 2019, niat keazaman dan kesungguhan nak kesana takkan pernah padam.

Ada satu Negara yang saya teringin sangat nak sampai.

2 tahun berturut melekat di vision board saya tapi masih belum ada rezeki nak jejak kaki ke sana.

New Zealand. 





Selalu pasang impian satu hari nanti nak travel ke sana dengan family naik caravan.

Teringin nak tengok dengan mata sendiri permandangan cantik ciptaan Allah swt, dengan gunung ganang, tasik terbentang dan bunga-bungaan mengindahkan pemandangan. 


Saya selalu rasa New Zealand satu negara yang aman, selamat dan adventure. 


Bile baru-baru ni keluar berita insiden tembakan di Christchurch, terkejut rasanya. Tak sangka Negara yang aman macam ni boleh mengemparkan dunia dengan insiden begini.

Harini, seronok lihat macam mana warga New Zealand betul-betul menghormati agama yang lain. Mereka sanggup lindungi masjid untuk umat islam bersolat. Mereka wujudkan scarf day sebagai tanda solitari kepada penganut agama islam. Mereka behimpun beramai-ramai sewaktu solat jumaat dan bersama mendengar laungan azan berkumandang. Tiada langsung api kebencian. Yang ada semakin ramai cuba mendalami apa itu islam. 

Allahuakbar. Bertambah teringin nak jejakkan kaki ke sana suatu hari nanti.


Yang pasang impian,

ML SHIDA SALIM
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
[ Day 11 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ]




Sempena DAG HOME launching set bedding dan bantal dari Korea ni, jom kita Study sikit Fakta Pelik dan Menarik pasal Korea!


1. Nama Korea berasal daripada perkataan "Goryeo" yang bermaksud Tinggi dan Bersih. Ia mengambarkan tanah Korea yang mempunyai banyak gunung ganang dan air sungai mengalir yang bersih,

2. Korang tau tak, dekat Korea, baby yang baru lahir umur dorang terus dikira satu tahun? Korang jangan pulak ada hati nak pi jual baju new born one month, two month, 6month etc etc tu kat sana ye. Konpius pulak orang kang size baju = umur anak dalam perut.

3. Orang Korea sangat pantang tulis nama dengan pen merah. Nama yang ditulis dengan pen merah ni bermaksud seseorang tu da hampir-hampir meninggal dunia atau pon memang da kiok.



4. Macam orang Cina juga, Orang Korea ni pantang dengan No 4. No 4 ni dikire nombor yang tak bertuah dan seringkali dikaitkan dengan kematian. Penyakit fobia kepada no 4 ni namanya "Tetraphobia". Dorang punya takot, sampai tahap kapal perang, kapal laut, lif semua takde no 4. Malahan, tarikh 4 April tu dianggap tarikh yang malang bagi mereka.



5. Orang Korea sangat suka shopping! Shopping mall dorang antara yang terbesar didunia dan  dibuka hingga jam 4.00 pagi! Wow tak tido malam ke ape dorang ni

6. Pembedahan kelopak mata adalah sangat famous dan normal di Korea. Kebanyakkan mereka, dapat pakej bayaran surgery kelopak mata sebagai hadiah hari jadi ke 16 dorang. No wonder la lawo-lawo belaka orangnya. Plastik surgery memang perkara biasa.

7. Setiap kali nak amik gambar, orang Korea akan sebut "KImchi" dan bukannya "Cheese"macam yang korang salu buat tu.hihi

8. Orang South Korea ada "sesuatu" dengan najis. Dari bentuk biskut, ke key chain phone, macam benda dorang buat berbentu najis. Dorang siap ada muzium dan taman tema berkonsepkan najis weh. Perghh Series ah!

9. Rakyat Seoul, dikategorikan sebagai rakyat yang paling kurang tidor didunia. Rata-rata mereka tidur kurang 6 jam sehari!

10. Pernah tak tengok ramai yang tergilakan set comforter bundle dari Korea? Tak dinafikan, comforter dari Korea antara yang paling tinggi kualitinya. Kain jenis microfibre fabric memang sangat berkualiti, sejuk dan lembut. Kalau anda sejenis anti barangan bundle tapi terigin nak cuba set DAG Home Korea Spring Summer Collection Korea baru bau kedai punyeee, jom dapatkan daripada saya segera!



Yang belum pernah sampai Korea,

ML Shida Salim

Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews

About me




Das Abdul Global Klang dikendalikan oleh Master Leader Shida Salim. Berpengalaman lebih 2 tahun dalam perniagaan Bantal Hotel DAG. Kepakaran saya adalah memberi anda tidur lena umpama di hotel 7 bintang.

Follow Us

  • facebook
  • instagram

Categories

  • agen diperlukan
  • bantal hotel
  • bantal hotel dag
  • bantal hotel grand lexis
  • bantal hotel klang
  • Bantal Hotel Murah
  • bantal hotel shah alam
  • Bantal m3
  • Bantal PHD
  • bantalhotedag
  • bantalhoteldag
  • cabaran21haridag
  • cabaran21haridag kelabblogdag
  • cabaran21haridag kelabblogdag bantalhotedag
  • Cadar
  • cadar korea
  • Cadardaghome
  • cadarmurah
  • DAGHOME
  • das abdul
  • das abdul global
  • dasabdul
  • dasabdulglobal
  • ikea
  • kelabblogdag
  • keris siamang tunggal
  • microfibre dag
  • pemborong bantal hotel
  • reseller dag
  • review upi upin
  • testimoni dag
  • upin ipin
  • usahawan dag
  • usahawandag

Blog Archive

  • April 2019 (3)
  • March 2019 (21)
  • January 2019 (9)

Search This Blog

Popular Posts

  • Memilih bantal yang sesuai untuk anda?
    Ramai yang sangka, setiap orang memperoleh keselesaan dan tidur yang lena daripada pilihan jenis bantal yang sama. Tanggapan ini sama sekal...
  • Peluang perniagaan bersama Das Abdul Global
    Hello semua, selamat datang ke page Das Abdul Global Klang. Nak tanya ni, anda berminat tak kalau saya nak ajar anda, cara ja...
  • Bantal Hotel Terlaris di Pasaran. H-classic DAG
    Masih baru dengan produk DAG dan buntuk tidak tahu memilih yang mana satu? Anda perlu cuba dulu H-classic. Tidak terlalu lembut, tidak terl...
  • Bantal Hotel DAG Harga Paling Mampu Milik : Bantal PHD
    Wow, Bantal pon ada PHD?  Yeszaaa jangan main-main. Ini PHD bukan sebarang PHD. Inilah bantal hotel DAG pada harga paling mampu milik dala...
  • Bantal Empuk Bak Hotel 5 Bintang : Bantal Microfibre M3
    Secara peribadi, dalam banyak-banyak bantal keluaran DAG, saya paling gemar mengunakan Bantal jenis Microfibre M3.  Bantal M3 ini berta...
  • Review Hatten Hotel, Melaka
    [ Day 18 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG ] Tak sampai sebulan, join program Inner Circle Gathering Master Leader DAG di Hatten Hotel Melaka,...
  • Review Hatten Place, Melaka
    [ Day 19 : Cabaran 21 hari 21 entry DAG] Semalam, saya review Hatten Hotel Melaka kan? Selain dari Hatten Hotel, ada satu lagi Hotel bawah...
  • Hadiah untuk yang tersayang
    Alhamdulillah baru balik dari bawa anak-anak pertandingan mewarna. Setel je contest, terus singgah rumah ibu sebab dah plan nak buat suprise...
  • Pengenalan Mengenai Das Abdul Global Sdn Bhd
    Selamat Datang ke Laman Sesawang Das Abdul Global Klang. Kami dari Das Abdul Global Klang sedia menawarkan pelbagai jenis barangan kepe...
  • Set Cadar DAG HOME fresh from kilang!
    Seperti yang dijanjikan, stok cadar DAG HOME telah pon selamat mendarat dengan rasminya dekat rumah. Yeszaaa! Yang dinanti telah pon tibaaa....

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates